Bendera Malaysia latar belakang ucapan tahun baru Arsenal.


Sedar atau tidak poster ucapan Happy New Year 2017 daripada Arsenal Official menggunakan bendera Malaysia / Jalur Gemilang sebagai latar belakangnya.

Poster ucapan tahun baru 2017 yang menampilkan Alex Iwobi sebagai model ini dimuat naik melalui akaun Facebook Rasmi Arsenal sejak semalam telah mencatatkan sebanyak 2.5K likes,  178 shares dan 70 komen. 

Rata-rata peminat Arsenal yang membuat komen mengucapkan selamat tahun baru dan ramai peminat dari Malaysia melahirkan rasa gembira dan bangga kerana Arsenal telah menggunakan bendera Malaysia sebagai latar belakang poster. 

Sama ada penggunaan bendera Malaysia ini secara sengaja atau tidak sengaja ianya amat menggembirakan peminat-peminat Arsenal terutamanya di Malaysia lebih-lebih lagi dipermulaan tahun baru !

Siapa tahu ini mungkin sign atau signal yang Arsenal akan mengadakan Tour di Malaysia untuk pra musim hadapan.... 

-----------------------------------------------------------------------
Update:

Semakan mendapati posting tersebut menggunakan option demographic  Facebook Page yang membolehkan posting Facebook di customise mengikut negara.

Walau apa pun ia dilhat cara menarik Arsenal menghargai peminatnya seantero dunia ....

Kipidap Arsenal !

https://www.facebook.com/Arsenal/photos/a.10150246028422713.313072.20669912712/10154517996462713/?type=3&theater




No comments

Powered by Blogger.